Berita Pendidikan

Wawancara Pengarah SPRM Terengganu Hiasi Manis FM

KUALA TERENGGANU, 3 Feb – Radio Manis FM dalam segmen Manis Xpress dihiasi dengan wawancara bersama KPKPj Ruslan Che Amad, Pengarah SPRM Terengganu. Wawancara tersebut mengupas tajuk Jangan Ambil Rasuah.

Wawancara tersebut berkisarkan penerangan berkenaan dengan bidang tugas dan fungsi SPRM serta kesalahan-kesalahan utama berkaitan dengan Akta SPRM 2009. KPKPj Ruslan juga menekankan kewajipan untuk melapor rasuah sekiranya mengetahui dan ada berlakunya jenayah rasuah di depan mata.

Wawancara yang ke udara dengan frenkuensi turut diadakan secara live di facebook dan portal Manis fm.

Hit : 1029