Berita Terkini

Pengarah SPRM Sarawak Teruskan Kerjasama Dengan Kunjungan Hormat Ke Atas Menteri Integriti & Ombudsman Sarawak

KUCHING, 9 Jul – KPKPj Mohd Zaki bin Hassan, Pengarah SPRM Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Datuk Haji Talib bin Zulpilip, Menteri Di Jabatan Ketua Menteri (Integriti Dan Ombudsman) Sarawak di Pejabat Menteri (Integriti Dan Ombudsman), Petrajaya di sini hari ini. 

Kunjungan hormat ini merupakan kunjungan rasmi yang pertama KPKPj Mohd Zaki bin Hassan kepada YB Menteri sebagai Pengarah SPRM Sarawak yang baharu.

Dalam pertemuan ini turut dibincangkan pemantapan serta pembudayaan integriti dan juga aktiviti-aktiviti pencegahan rasuah di seluruh Negeri Sarawak.

Turut hadir dalam sesi kunjungan hormat ini bagi pihak SPRM Sarawak ialah PKPj Chang Ching, Timbalan Pengarah (Pencegahan); PPj Othman Anyan, Ketua Penolong Pengarah Unit Pemeriksaan & Perundingan; PPj Katherine Nais, Ketua Penolong Pengarah Unit Pendidikan Masyarakat (PenMas) serta pegawai-pegawai Unit PenMas. Sementara itu, Pejabat Menteri diwakili turut oleh Tuan Haji Adana bin Haji Jed, Pengarah Unit Integriti Dan Ombudsman Negeri (UNION); PKPj Zulhairy Zaidel, Ketua Pegawai Integriti, UNION serta pegawai tadbir UNION. 

Hit : 4456