Berita Terkini

Kunjungan Hormat Pengarah SPRM Sarawak Kepada Setiausaha Persekutuan Sarawak

KUCHING, 10 Jul - KPKPj Mohd Zaki Hassan, Pengarah SPRM Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Haji Mohd Shahabuddin Omar, Setiausaha Persekutuan Sarawak bertempat di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Tingkat 17 Bangunan Sultan Iskandar, Kuching, Sarawak.

Dalam pertemuan ini dibincangkan pemantapan serta pembudayaan integriti dan juga aktiviti-aktiviti pencegahan rasuah di seluruh Negeri Sarawak.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini ialah PKPj Chang Chin, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sarawak ; P/PKPj Barbara anak Panit, Ketua Siasatan Negeri serta pegawai-pegawai pencegahan SPRM Sarawak.

Hit : 3642