Berita Pendidikan

PFAM Jalin Kerjasama Melalui Kunjungan Hormat Kepada Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat

PUTRAJAYA, 22 Jul – TPj Razim Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) telah menerima kunjugan hormat daripada Encik Mohd Shafee Mohd Sali, Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Professional Malaysia (PFAM) dan Encik Izham Ismail, CEO PFAM bertempat di Aras 12, Blok B, Ibu Pejabat SPRM pada hari ini.

Dalam pertemuan ini dibincangkan mengenai usahasama SPRM dengan PFAM dalam menyampaikan mesej pencegahan rasuah dalam kalangan pemain Bola Sepak dan Kelab Bola Sepak di Malaysia. PFAM juga akan berkerjasama dengan MACC.fm dalam menyalurkan maklumat serta hebahan dalam usaha membanteras rasuah dalam kalangan pemain bola sepak.

Turut hadir dalam majlis ini ialah KPKPj Ab Muneim Ibrahim, Ketua Seksyen Outreach PenMas; Puan Norizan Abu Samah, Ketua Seksyen Penerbitan serta PPj Shazleen Md Noh, Ketua Cawangan Media Elektronik. 

Hit : 3066