Berita Pendidikan

Program Sehari Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Malaysia Bersama SPRM Kelantan

 

KOTA BHARU, 22 Jul - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kelantan dengan kerjasama Institut Pembangunan Modal Insan Zon Timur, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia menganjurkan Program Sehari JPS bersama SPRM Kelantan. Program ini diadakan di Institut Modal Insan Zon Timur, JPS Kota Bharu. Seramai 30 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JPS dari seluruh Malaysia hadir.

Dalam program ini, peserta didedahkan kepada SPRM dan rasuah melalui dua slot ceramah yang disampaikan oleh pegawai unit Penmas SPRM Kelantan iaitu slot 1 selama 2 jam disampaikan oleh PPs Syamsul Arifin Othman dengan tajuk 'Rasuah Bilakah Akan Berakhir' manakala slot kedua juga selama 2 jam pula disampaikan oleh PsK Hamisah Salleh dengan tajuk 'Integriti & Perkongsian Kes-kes Rasuah'.

Selepas selesai taklimat, peserta telah dibawa secara begilir-gilir untuk melawat bilik rakaman percakapan saksi serta bilik kawad cam. Program diakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai di hadapan kompleks SPRM Kelantan. Program ini dilaksanakan dengan mengutamakan penjarakan sosial.

Hit : 3275