Berita Pendidikan

Program Jejak Antirasuah Bersama LKIM Perak

PERAK, 27 Julai - Kerjasama erat SPRM bersama Unit Integriti LKIM telah menjayakan Program Jejak Antirasuah Bersama Warga LKIM Perak. Sesi selama 2 jam diisi dengan pelbagai aktiviti pencegahan rasuah bagi memastikan warga LKIM memartabatkan Integriti dan menjauhi jenayah rasuah

Sesi Interaksi ‘ADA KE TIADA’ telah dikendalikan oleh KPKPs Effezul Azran Abd Maulop. Matlamatnya adalah bagi memastikan tahap kefahaman peserta berkaitan Integriti, tadbir urus, rasuah dan organisasi.

Taklimat seterusnya bertajuk ‘PERILAKU RASUAH JENAYAH TERKUTUK’ disampaikan oleh PPj Mohamad Izam Abd Nasir, Timbalan Ketua Cawangan Kerajaan Dan Agensi, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

Sesi ketiga melibatkan Klinik Perolehan Integriti (KPI) yang dimoderatorkan oleh Ps Yusliza Mohd Yusof dan diulas oleh PPj Mohamad Izam Abd Nasir, PsK Mohd Nasir Mat Jam dan KPKPs Effezul Azran Abd Maulop. Klinik ini diadakan bagi menjawab persoalan integriti dan rasuah dalam Perolehan kerajaan terutamanya yang berlaku di LKIM.

Program Jejak Antirasuah selama 2 jam ini dihadiri oleh kakitangan pengurusan dan profesional LKIM Perak yang diketuai oleh Timbalan Pengarah LKIM Perak dan turut melibatkan Pengurus Persatuan Nelayan seluruh negeri Perak.

Hit : 2774