Berita Pendidikan

SPRM Kedah Semarakkan Sambutan Kemerdekaan Ke-63

ALOR SETAR, 24 Ogos – SPRM Kedah telah mengadakan Program Menyemarakkan Sambutan Kemerdekaan Ke-63 dengan slogan ‘MERDEKA! BEBASKAN DIRI DARI RASUAH’ bertempat di Plaza Tol Alor Setar arah Utara pada hari ini.

TPj Dato’ Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Negeri Kedah telah merasmikan program dengan melekatkan pelekat kenderaan Jalur Gemilang bersama mesej antirasuah pada cermin kenderaan pengguna jalan raya yang melalui Plaza Tol berkenaan.

Turut hadir dalam program ini ialah KPKPj Mustafa Kamal Ahmad, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Kedah serta Tuan Effiekhairulnizal Juhari, Senior Eksekutif Commercial Facilities wakil dari PLUS Wilayah Utara.

Hit : 2315