Berita Terkini

SPRM Cawangan Langkawi Eratkan Kerjasama Cegah Rasuah Bersama JPJ Cawangan Langkawi

LANGKAWI, 10 Sept – Ps Izham Ibrahim, Ketua Cawangan SPRM Langkawi mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Langkawi. Kunjungan hormat ini disambut baik oleh Encik Mohd Shaufiz Osman, Ketua Cawangan JPJ Langkawi.

Antara isu yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut ialah kesediaan pihak JPJ untuk sama-sama membantu membanteras rasuah dan menguatkuasakan peruntukan Seksyen 17(b) ASPRM 2009.

Sticker Merdeka dan pewangi kenderaan diberikan kepada JPJ Langkawi untuk diletakkan di kenderaan dan pejabat sebagai tanda kenang-kenangan oleh pihak SPRM Langkawi.

Hit : 3504