Berita Pendidikan

Kunjungan Hormat Pengarah SPRM Sarawak Kepada Pengarah Mahkamah Kuching Sarawak

KUCHING, 30 Okt - KPKPj Mohd Zaki Hassan, Pengarah SPRM Sarawak telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Nixon Kennedy Kumbong, Pengarah Mahkamah Kuching, Sarawak bertempat di Kompleks Mahkamah Kuching, Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan baik dan menjalinkan kerjasama di antara kedua-dua pihak. Ini merupakan kunjungan pertama Pengarah SPRM Sarawak kepada Pengarah Mahkamah Kuching yang juga merupakan Hakim bagi Mahkamah Khas Rasuah Sarawak.

Turut hadir kunjungan hormat ini ialah PKPj Barbara Panit, Ketua Siasatan Negeri SPRM Sarawak; Puan Nur Nisla Alanis Abdul Latif, Timbalan Pendakwaraya, SPRM Sarawak dan PPj Marcel Bulan Ngabong, Timbalan Ketua Siasatan Negeri SPRM Sarawak.

Hit : 4173