Berita IBR

Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Mantapkan Integriti Dengan Lafaz IBR

KUALA LUMPUR, 24 Jan- Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) komited dalam menyokong hasrat SPRM menjauhi rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Dewan Besar, Bangunan LPPKN Kuala Lumpur.

Lafaz IBR dipimpin oleh Ketua Pengarah LPPKN, Encik Abdul Shukur bin Abdullah dan disaksikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, TPj Tuan Ruslan Tuan Mat.

Seramai 100 orang kakitangan dan pegawai hadir dalam majlis ini.

 

Hit : 1316