Berita IBR

Pharmaniaga Berhad Teruskan Inisiatif IBR

 

SHAH ALAM, 1 Mac - Pharmaniaga Berhad telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Cafeteria Pharmaniaga Berhad, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.

Lafaz IBR diketuai oleh Dato' Farshila Emran, Pengarah Urusan Pharmaniaga disaksikan oleh P/TPj Dato' Haji Alias Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor.

Seramai 150 orang terdiri daripada Pengarah-pengarah Bahagian serta kakitangan Pharmaniaga Berhad menyertai majlis IBR ini. Turut hadir sama pada majlis ini ialah Ketua Unit Pendidikan Masyarakat (Penmas) SPRM Negeri Selangor PPj Kamaruzaman Yusof serta pegawai-pegawai Penmas SPRM Selangor.

Hit : 1302