Berita IBR

UKM Kampus Kuala Lumpur Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

KUALA LUMPUR, 8 Apr – Warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Kuala Lumpur hari ini melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Dewan Kuliah 1, Kampus Jalan Raja Muda UKM di sini. 

IBR telah diikrar dan ditandatangan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM dan disaksikan oleh YBhg. Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM.

Majlis diteruskan dengan Pelancaran Buku 'Holistic Approach In The Management for Cleft Lip and Palate' dan disusuli dengan penyerahan senaskah buku tersebut oleh Y.Bhg Datuk Dr. A Rahman kepada Y.Bhg Dato' Shamshun Baharin.

Turut hadir pada majlis ini adalah TPj Nor Rasmi Bin Shari, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Pengarah-pengarah dan dekan-dekan Kampus Kuala Lumpur UKM, Pegawai-Pegawai Kanan SPRM dan warga Kampus Kuala Lumpur UKM.

Hit : 1300