Berita IBR

Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) Sepakat Jauhi Rasuah Dengan Lafaz IBR

PUTRAJAYA, 26 Jun 2019 - Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) komited dalam memerangi jenayah rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Pejabat SPRM Putrajaya pada hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Tuan Ahmad Idham Ahmad Nadzri disaksikan oleh TPj Tuan Ruslan Tuan Mat, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, PenMAS.

Seramai 35 orang pegawai FINAS yang menyertai lafaz ikrar ini juga telah dibawa melawat ke sekitar perkarangan Ibu Pejabat SPRM iaitu Lokap SPRM, Aras 7 dan Sky Bridge Aras 13 Blok C untuk merakam kenangan.

Turut hadir dalam majlis ini dalah PKPj Abu Talib Othman, Ketua Cawangan Kerajaan Agensi PenMas dan Pn Norizan Abu Samah, Ketua Seksyen Penerbitan PenMas serta pegawai daripada bahagian PenMas Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Hit : 1299