Berita IBR

Jabatan Kimia Malaysia Zahirkan Sokongan Basmi Rasuah Dengan Tandatangan IBR

PETALING JAYA, 4 Julai - Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA) telah melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat Dewan Forensik KIMIA Petaling Jaya.

IBR telah diikrar dan ditandatangan oleh Tuan Hj Mohamed Zaini Abdul Rahman dan disaksikan oleh Tuan Ruslan Tuan Mat, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. 

Seramai 100 orang pegawai dan kakitangan KIMIA Malaysia turut serta melafaz IBR ini bagi menzahirkan komitmen di dalam usaha pihak KIMIA memerangi rasuah.

Hit : 1382