Berita IBR

Akademi Binaan Malaysia Sarawak Zahirkan Sokongan Basmi Rasuah Dengan Lafaz IBR

KUCHING, 18 Julai -  Bagi menyokong dan menzahirkan sokongan kepada SPRM membasmi rasuah Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sarawak telah menandatangani dan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini.

Lafaz Ikrar diketuai oleh Encik Abdul Rahman Ahmad, Ketua Pegawai Operasi ABM Sarawak bersama seramai 80 peserta yang terdiri daripada pihak pengurusan dan tenaga pengajar ABM Sarawak turut serta melafaz ikrar ini.

Majlis kemudian diteruskan dengan sesi simbolik penyerahan Ikrar Bebas Rasuah daripada Ketua Pegawai Operasi ABM Sarawak kepada PKPj Chang Ching, Timbalan Pengarah (Pencegahan), SPRM Sarawak.

Hit : 1330