Berita IBR

Jabatan Kimia Malaysia Sarawak Zahirkan Sokongan Basmi Rasuah Dengan Lafaz IBR

KUCHING, 27 Ogos - Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sarawak telah diadakan di Bilik Santubong, Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sarawak, Kuching, Sarawak hari ini.

Seramai 80 orang  pegawai dan kakitangan Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sarawak telah melafaz Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh Encik Mohd Izuan Othman, Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Sarawak serta disaksikan oleh TPj Haji Razim Mohd Noor, Pengarah SPRM Sarawak.

Antara signifikan perlaksanaan IBR ini termasuklah menjadi amaran dan peringatan kepada individu agar menjauhi rasuah, dan penzahiran aku janji kepada komitmen individu dalam membanteras rasuah.

Hit : 1424