Berita IBR

Koperasi UNIKEB Berhad Zahirkan Sokongan Basmi Rasuah Kepada SPRM Dengan Lafaz IBR

BANGI, 4 Sept - - Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh Koperasi Unikeb Bhd telah diadakan di Wisma Unikeb, UKM Bangi hari ini.

IBR ini telah diikrar dan ditandatangani oleh Prof. Dr Hj Wan Mohtar Wan Yusoff, Pengerusi Unikeb Bhd dan disaksikan oleh PKPj Abu Talib Othman, Ketua Cawangan Kerajaan dan Agensi Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Setiausaha Unikeb Bhd iaitu Tuan Hj Zulkafli Amat dan Bendahari Unikeb Bhd Tuan Hj Mokhsin Tumin serta ahli-ahli Lembaga juga staf Unikeb Bhd.

Hit : 1327