Berita IBR

EON Auto Mart Sahut Seruan SPRM Basmi Rasuah Dengan Lafaz Dan Tandatangan IBR

KUCHING, 6 Nov – EON Auto Mart Sdn Bhd Cawangan Kuching dan subsidiari di bawah naungan EON, Sarawak melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi menyahut seruan SPRM untuk sama-sama mencegah jenayah rasuah dan salahguna kuasa hari ini.

Seramai 33 orang warga EON Auto Mart telah melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh Encik Noorsharizal Haji Osman, Ketua After-Sale, Ibu Pejabat EON dan disaksikan oleh PKPj Chang Ching, Timbalan Pengarah (Pencegahan), SPRM Sarawak.

Hit : 1325