Berita IBR

Mesiniaga Berhad Zahirkan Sokongan Perangi Rasuah Dengan Lafaz IBR

SUBANG JAYA, 26 Nov- Mesiniaga Berhad komited dalam memerangi jenayah rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Mesiniaga Berhad hari ini.

Lafaz ikrar diketuai oleh Datuk Wan Mohamad Fusil, Ketua Pegawai Eksekutif Mesiniaga Berhad dan disaksikan oleh TPj Dato' Haji Alias Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor.

Datuk Wan Mohamad Fusil juga turut menyatakan harapan, dengan terlaksana lafaz IBR ini para rakan perniagaan Mesiniaga Berhad akan menjadi lebih komited dalam usaha menolak dan mencegah rasuah di samping menerapkan nilai-nilai integriti yang tinggi dalam diri masing-masing.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Ariffin Abd Majid, Ketua Pegawai Kewangan Mesiniaga Berhad; Nordin Mat Isa, Pengarah Product & Services Mesiniaga Berhad; Patricia Fong Mui Chan, Strategi Korporat Fungsi Khas; Wong Keng Ho, Pengarah Sales Mesiniaga Berhad serta pegawai-pegawai SPRM Selangor.

Hit : 1574