Berita IBR

UEM Sunrise Berhad Sokong Inisiatif Basmi Rasuah Dengan Adakan Hari Integriti dan IBR

ISKANDAR PUTERI, 12 Dis - UEM Sunrise Berhad, syarikat pembangunan hartanah  terbesar negara telah mengadakan Hari Integriti 2019 kepada warga kerja pejabat Wilayah Selatan di Iskandar Puteri, Johor hari ini. Program Hari Integriti tahunan ini merupakan usaha berterusan syarikat untuk mengukuhkan tadbir urus yang berpaksikan kepada integriti dan budaya kerja beretika.

Bagi menzahirkan komitmen dan sokongan pihak syarikat terhadap usaha pencegahan rasuah, pengurusan dan kakitangan UEM Sunrise telah melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam sambutan Hari Integriti yang berlangsung di Titan Hall, Aras 5, Imperia Commercial Center, Puteri Harbour.

Seramai 200 orang pegawai dan kakitangan syarikat telah melafaz Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh Encik Anwar Syahrin Abdul Ajib, Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Berhad dengan disaksikan oleh YBhg. Dato' Norazlan Mohd Razali, Pengarah SPRM Negeri Johor.

Hit : 1558