Berita IBR

Persatuan Penduduk dan Kebajikan Desaria (PPKD) Nilai, Lahirkan Sokongan Basmi Rasuah Dengan Lafaz IBR

NILAI, 5 Januari 2020 - Persatuan Penduduk dan Kebajikan Desaria (PPKD) Nilai, Negeri Sembilan dan beberapa wakil NGO lain telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengadakan ceramah integriti dan majlis melafazkan Ikrar Integriti Peniaga dalam usaha memberi kesedaran dan membasmi jenayah rasuah dalam kalangan peniaga hari ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan aluan daripada Pengerusi Persatuan Penduduk Dan Kebaikan Desaria, Encik Khalid Puasa. Dalam ucapannya, beliau menyatakan hasrat dan komitmen persatuan untuk memastikan para peniaga yang menjalankan perniagaan agar mematuhi peraturan dan mengamalkan sikap jujur, amanah dan mengelakkan diri daripada terjebak dengan rasuah.

Seramai 60 orang peniaga termasuk wakil NGO hadir bagi melafaz IBR yang diketuai oleh wakil peniaga Encik Yusramizal Mohd Yusof dan disaksikan oleh PKPj Samsul Salip, Ketua Cawangan Sosio Budaya Bahagian Pendidikan Masyarakat.

Hit : 1278