Berita IBR

University College of Technology Sarawak (UCTS) Tolak Rasuah Dengan Lafaz IBR

SARAWAK, 7 Jan – University College of Technology Sarawak (UCTS) komited dalam memerangi jenayah rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Lecture Theatre C, Sarawak hari ini.

Lafaz ikrar diketuai oleh Prof. Datuk Dr. Khairuddin Ab.Hamid dan disaksikan oleh Penolong Kanan Penguasa Among Jengga dari SPRM Cawangan Sibu.

Peserta juga turut didedahkan dengan ceramah integriti dan Seksyen 17(A) ASPRM 2009. Sesi lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah dilaksanakan oleh 350 orang kakitangan UCTS.

Hit : 1289