Berita IBR

Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sarawak Tingkatkan Integriti Dengan Lafaz IBR

KUCHING, 13 Januari - Majlis lafaz serta menandatangani IBR oleh  warga kerja LPPKN Negeri Sarawak telah diadakan bertempat di Bilik Kuliah, Wisma SEGO, Petrajaya, Kuching, Sarawak hari ini.

Seramai 25 orang warga kerja LPPKN dari seluruh Negeri Sarawak menandatangani dan melafaz IBR yang diketuai oleh Encik Chai Cheng Hoe, Pengarah LPPKN Negeri Sarawak dan disaksikan oleh PPj. Katherine Nais, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Sarawak.

Hit : 1360