Berita IBR

Warga Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Sepakat Jauhi Rasuah Dengan Lafaz IBR

SHAH ALAM, 14 Jan- Warga kerja dan anak syarikat Warga Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bertekad untuk bersama-sama SPRM dalam memerangi jenayah rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas rasuah (IBR) bertempat di Dewan Muktamar (JAKESS), tingkat 2, Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah, Shah Alam.

Lafaz ikrar diketuai oleh Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS disaksikan oleh TPj Dato' Haji Alias Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor.

Pengerusi MAIS, YAD Dato' Setia Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi turut menekankan supaya semua warga kerja MAIS hendaklah mempunyai nilai-nilai integriti yang tinggi dan lebih komited dalam melaksanakan tugas masing-masing. Ini adalah kerana, katanya tiada gunanya menandatangani IBR sedangkan gejala rasuah masih berlaku dalam Agensi MAIS.

Lafaz IBR ini telah diketuai oleh Setiausaha MAIS sendiri bersama-sama warga kerja MAIS dan anak syarikat seramai 200 orang.

Turut hadir dalam majlis pada pagi ini ialah Dato' Setia Haji Mohd Tamyes Abd. Wahid, Dato' Seri utama Diraja Mufti Selangor, YAA Dato' Mohammad Adib Husain, Ketua Hakim Syarie, Tuan Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad, Pengarah JAIS dan Tuan Abu Bakar bin Mohd Daud, Ketua Pendakwa Syarie.

Hit : 1341