Berita IBR

Inari Amertron Berhad Bina Organisasi Benci Rasuah Dengan Lafaz IBR

 

BAYAN LEPAS, 14 Jan – Inari Amertron Berhad telah menyahut seruan dan hasrat SPRM supaya masyarakat bersama-sama dengan SPRM dalam membanteras jenayah rasuah dalam Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada pagi ini.

Lafaz IBR diketuai oleh En. Lau Kean Cheong, Ketua Pegawai Eksekutif Inari Amertron Berhad dan disaksikan oleh KPKPj Lim Bee Kean, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Pulau Pinang.

Seramai 70 orang barisan pengurusan Inari Amertron Berhad menyertai lafaz dan menandatangani IBR ini.

Turut hadir pada majlis ini ialah En. Sabran Samsuri, Ketua Pegawai Operasi Inari Amertron Berhad, PKPj Chin Chen Huat, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Pulau Pinang dan Ps Haliza Sahafiai, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Pulau Pinang.

Hit : 1824