Berita IBR

Kumpulan Sawit Kinabalu Sahut Seruan SPRM Lafaz IBR

 

KOTA KINABALU, 14 Jan- Sawit Kinabalu yang melibatkan Ibu Pejabat dan Wilayah Pantai Barat sepakat untuk menyahut seruan SPRM menjauhi rasuah dengan melafaz Ikrar bebas Rasuah (IBR) pada hari ini.

Lafaz Ikrar diketuai oleh En.Masri Pudin, Pengarah Kumpulan Sawit Kinabalu dan disaksikan oleh PKPj Awang Samsul Baharam Bungso di hadapan warga kerja Kumpulan Sawit Kinabalu seramai 300 orang.

En Masri telah menyatakan hasrat untuk menubuhkan Unit Integriti di Kumpulan Sawit Kinabalu bagi memantapkan dan memperkasakan pembudayaan integriti di kalangan warga kerja secara keseluruhannya.

Hit : 1316