Berita IBR

Tingkatkan Integriti Basmi Rasuah Dengan Lafaz IBR Oleh Mahkamah Negeri Selangor

 

SHAH ALAM, 15 Januari - Majlis Lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh  warga kerja Mahkamah Negeri Selangor diadakan di Dewan Sri Orkid,  Tingkat 5, Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Persiaran Pegawai, Seksyen 5, Shah Alam, Selangor hari ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli dengan Ucapan Aluan oleh Puan Rozilah Salleh, Pengarah Mahkamah Negeri Selangor dan seterusnya  ucapan daripada YBhg. Dato' Haji Alias Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor. Ucaptama YBhg. Dato’ menekankan Jabatan yang berteraskan Kehakiman khususnya Mahkamah Negeri Selangor perlu meningkatkan lagi tahap Integriti di kalangan pegawai dan kakitangan penjawat awam selaras dengan Dasar Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) yang telah dilaksanakan.

Lafaz IBR diketuai oleh Pengarah Mahkamah Negeri Selangor sendiri bersama-sama Pegawai dan Kakitangan Mahkamah seramai 200 orang.

Hit : 1304