Berita IBR

PLUS Malaysia Berhad (PMB) Bina Organisasi Berintegriti Dengan Lafaz IBR

PETALING JAYA, 22 Jan – Warga kerja serta rakan niaga PLUS Malaysia Berhad (PMB) telah melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Banquet, Persada PLUS, Petaling Jaya pada hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan dan disaksikan oleh TKPj Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM.

Majlis juga diserikan dengan Sesi Penerangan Liabiliti Koporat, Seksyen 17A Akta SPRM 2009 yang telah disampaikan oleh PKPj Samsul Salip terhadap Pengurusan Tertinggi, Warga Kerja serta Rakan Niaga PMB.

Turut hadir pada majlis ini Ir. Abdullah Hashim, Timbalan Ketua Pengarah (TKP) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM); TPj Tuan Razim Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PENMAS) dan KPKPj Mohamad Bin Ahmad @ Puteh , Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA).

Hit : 1608