Berita IBR

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Dan Persatuan Perkayuan Negeri Kedah Tanam Iltizam Cegah Rasuah Dengan Lafaz IBR

ALOR SETAR, 6 Feb - Bagi menunjukkan sokongan yang padu atas usaha SPRM, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan Persatuan Perkayuan Negeri Kedah telah menzahirkan lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah sebagai akujanji dalam membendung kegiatan rasuah bertempat di Dewan Persidangan Aras 12, Bangunan Sultan Abdul Halim.

Lafaz ikrar telah dilakukan sebanyak dua sesi iaitu sesi pertama diketuai oleh Tuan Haji Roslan Khalid, Pengarah Perhutanan Negeri Kedah dan sesi kedua oleh Encik Wan Mohd Amin bin Mokhtar, Pengerusi Persatuan Perkayuan Negeri Kedah dan disaksikan oleh TPj Dato’ Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Negeri Kedah.

Seramai 150 orang warga kerja Jabatan Perhutanan dan 15 orang ahli Persatuan Perkayuan Negeri Kedah yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha kayu balak telah menghadiri majlis ini.

Hit : 1692