Berita IBR

LPPKN Negeri Kedah Sahut Seruan SPRM Dengan Lafaz IBR

ALOR SETAR, 9 Feb - Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Kedah sepakat dalam menyahut seruan SPRM membanteras jenayah rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Pejabat LPPKN Negeri Kedah, Kompleks Kesejahteraan Keluarga, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Mu’adzam Shah, Anak Bukit.

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Noor Sazali Mansor, Pengarah LPPKN Negeri Kedah, disaksikan oleh TPj Dato’ Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Negeri Kedah.

Seramai  46 orang warga kerja LPPKN dari seluruh negeri Kedah turut serta dalam majlis ini. Turut hadir dalam majlis ini ialah PPj Ting Ing Ping,  Ps Mohd Zaini bin Hassan serta beberapa pegawai SPRM Kedah.

Hit : 1480