Berita IBR

UMT Zahirkan Sokongan Perangi Rasuah Melalui IBR

KUALA TERENGGANU, 17 Feb – Seramai 1000 warga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sepakat memerangi jenayah rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu pada hari ini.

Lafaz IBR dipimpin oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan disaksikan oleh TPj Razim Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah KPKPj Ruslan Che Amad, Pengarah SPRM Negeri Terengganu; KPKPj Mohd Tarmize Abdul Manaf, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM serta pegawai-pegawai SPRM Terengganu.

 

Hit : 1416