Berita IBR

Syarikat E-Idaman Sdn. Bhd Mantapkan Integriti Dengan Lafaz IBR

ALOR SETAR, 6 Ogos – Kakitangan Syarikat E-Idaman Sdn. Bhd. komited dalam memantapkan integriti bersama-sama SPRM memerangi jenayah rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Ballroom 1, RAIA Hotel Alor Setar.

Lafaz ikrar diketuai oleh Tuan Zaki Abdul Aziz Daud, Pengarah Syarikat E-Idaman Sdn. Bhd. dan disaksikan oleh TPj Dato’ Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Negeri Kedah dihadapan 40 orang kakitangan Syarikat E-Idaman Sdn. Bhd.

Turut hadir pada majlis ini adalah KPKPj Mustafa Kamal Ahmad, Timbalan Pengarah SPRM Kedah serta pegawai-pegawai SPRM Kedah.

Hit : 1621