Berita IBR

LPPKN Melaka Komited Perangi Rasuah Dengan Lafaz IBR

 

MELAKA, 7 Ogos – Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Melaka telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada hari ini.

Lafaz ikrar diketuai oleh Tuan Nor Azman Mohd Nor, Pengarah LPPKN Negeri Melaka dengan disaksikan oleh PKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail, Pengarah SPRM Negeri Melaka.

Warga LPPKN Melaka digalakkan untuk meneruskan kerjasama ini dengan merancang program dan taklimat berkaitan dengan Integriti dan Pendidikan Pencegahan Rasuah.

Seramai 25 orang warga LPPKN Negeri Melaka turut serta dalam majlis ini.

Hit : 1447