Berita IBR

MEDAC Lafaz IBR Tanda Komitmen Perangi Rasuah Bersama SPRM

KUALA LUMPUR, 10 Ogos - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) positif dalam menunjukkan komitmen perangi rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Tun Razak, Menara Berkembar Bank Rakyat pada pagi ini.

Lafaz ikrar diketuai oleh Dato' Sri Hj Mohammed Maentek, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan disaksikan oleh TPj Razim Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM.

Seramai 300 orang warga MEDAC telah hadir dalam majlis ini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Dato' Seri Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Mas Ermieyati Hj Samsudin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Ketua-Ketua Agensi di bawah MEDAC.

 

Hit : 1302