Berita IBR

Pharmaniaga Berhad Komited Perangi Rasuah

SHAH ALAM, 14 Ogos – Pharmaniaga Berhad komited dalam menyokong hasrat SPRM menjauhi rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Pharmaniaga Berhad, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.

Lafaz ikrar diketuai oleh Datuk Dr. Hafsah Hashim, Pengerusi Pharmaniaga Berhad disaksikan oleh TPj Dato' Haji Alias Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor dihadapan enam ahli lembaga pengarah Pharmaniaga yang baru dilantik.

Turut hadir dalam majlis ini ialah KPKPj Haji Abdul Razak Deraof, Timbalan Pengarah, SPRM Negeri Selangor dan PPj Kamaruzaman Yusoff, Ketua Unit Penmas SPRM Selangor.

Hit : 1659