Berita IBR

Majlis Perubatan Malaysia Cegah Rasuah Dengan IBR

KUALA LUMPUR, 17 Ogos - Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sempena Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Perubatan Malaysia (MPM) telah diadakan di Grand Ballroom, Pullman Hotel, Bangsar Kuala Lumpur.

Di dalam ucapan YBhg. Dato' Dr Khairi Yakub, Ketua Pegawai Eksekutif MPM menyatakan MPM merupakan agensi yang berisiko dengan rasuah kerana menguruskan lesen pengamal perubatan dan beliau akan memastikan program yang dilaksanakan dari semasa ke semasa mendorong kepada pencegahan jenayah rasuah dikalangan pekerja MPM.

Ikrar ini disaksikan oleh KPKPj Abd Muneim Ibrahim, Ketua Seksyen Outreach, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

Hit : 1990