Berita IBR

LPPKN Negeri Terengganu Basmi Rasuah Dengan Lafaz IBR

TERANGGANU, 18 Ogos - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Terengganu menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di bilik seminar LPPKN, Terengganu hari ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Muhamad Noh Abdullah, Pengarah LPPKN Negeri Terengganu dan ucapan balas oleh PKPj Sofian Haroon, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Terengganu.

Seramai 30 pegawai dan kakitangan LPPKN Negeri Terengganu telah melafaz dan menandatangani IBR yang diketuai oleh Encik Muhamad Noh Abdullah dan disaksikan oleh PKPj Sofian Haroon.

Hit : 1399