Berita IBR

PSNB Dan Anak-Anak Syarikat Komitmen Perangi Rasuah Melalui IBR

SHAH ALAM, 24 Ogos – Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan anak-anak syarikat menyokong hasrat SPRM menjauhi rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada hari ini.

Lafaz ikrar diketuai oleh Encik Mohd Helmi Mohd Yusof, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan disaksikan oleh TPj Dato’ Hj. Alias Salim, Pengarah SPRM Selangor.

Seramai 65 orang warga kerja PSNB hadir dalam majlis tersebut serta taklimat Seksyen 17A ASPRM ‘Liability Corporate’ telah disampaikan oleh PPj Azuan Adzhar, Ketua Unit Pemeriksaan & Perundingan SPRM Selangor.

Turut hadir dalam majlis ini ialah KPKPj Hj Abdul Razak Deraof, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Selangor; PPj Kamaruzaman Yusoff Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Selangor dan pegawai-pegawai Penmas SPRM Negeri Selangor.

Hit : 2019