Berita IBR

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Zahirkan Semangat Hapuskan Rasuah Melalui Majlis Menandatangani IBR

SHAH ALAM, 24 Sept - Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menzahirkan sokongan berterusan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor.

Majlis lafaz Ikrar Bebas Rasuah diketuai oleh Puan Hajah Mastura Haji Muhamad, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan disaksikan oleh YBhg. Dato' Haji Alias Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor.

Inisiatif ini sekaligus memperlihatkan kesungguhan barisan kepimpinan PPAS dalam memastikan urusan pentadbiran dan operasi PPAS dilaksanakan dengan lebih telus serta bebas daripada sebarang gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Hit : 1481