Berita IBR

Syarikat Velesto Energy Berhad Zahirkan Komitmen Perangi Rasuah Dengan Lafaz IBR

KUALA LUMPUR, 25 Sept - Syarikat Velesto Energy Berhad komited dalam menyokong hasrat SPRM menjauhi rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di KL Sentral, Kuala Lumpur.

Lafaz ikrar diketuai oleh Encik Rohaizad Darus, Presiden Syarikat Velesto Energy Berhad dan disaksikan TPj Razim Mohd Noor Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM bersama-sama Tuan Mohd Rashid Mohd Yusof, Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Velesto.

Seramai 18 orang kakitangan yang terdiri daripada ahli lembaga pengarah dan ketua-ketua bahagian Syarikat Velesto Energy Berhad hadir dalam majlis ini.

Hit : 1338