Berita IBR

IPG Kampus Raja Melewar Negeri Sembilan Cegah Rasuah Dengan Lafaz IBR

SEREMBAN, 25 Sept – Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar Negeri Sembilan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis yang diadakan di Balai Kerapatan, IPGK Raja Melewar, Seremban.

Lafaz IBR dipimpin Dr. Mazlan Aris, Pengarah IPG Kampus Raja Melewar dan disaksikan KPKPj Mohamad Zakkuan Talib, Pengarah SPRM Negeri Sembilan.

Turut hadir ialah Dr Mashitah Muhammad Yusuf, Timbalan Pengarah IPGKRM; PPj Yasmin Azura Yahya, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Sembilan dan PsK Siti Zubaidah Mohd Yusof, Ketua Unit Pemeriksaan dan Perundingan SPRM Negeri Sembilan.

Seramai 100 orang termasuk ketua jabatan dan anggota khidmat pelaksana IPG hadir pada majlis ini.

Hit : 2135