Berita IBR

Taklimat Seksyen 17A ASPRM 2009 Dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah Kumpulan SME Bank

KUALA LUMPUR, 29 Sept - Barisan kepimpinan Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan Kanan SME Bank menzahirkan komitmen yang tinggi dalam usaha membanteras rasuah melalui majlis IBR Kumpulan SME Bank yang diadakan di Auditorium Tingkat 2, Menara SME Bank, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Majlis dimulakan dengan sesi taklimat Liabiliti Korporat yang disampaikan oleh Dato' Norazlan Mohd Razali, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM. Kemuncak majlis diteruskan dengan acara melafaz dan menandatangani IBR yang diketuai oleh Encik Aria Putera Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank dan disaksikan oleh Dato' Norazlan Mohd Razali, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM.

Seramai 60 peserta yang terdiri daripada barisan pengurusan kanan dan ketua- ketua bahagian SME bank turut serta melafaz IBR.

Hit : 1640