Berita IBR

JKR Daerah Lipis Zahirkan Komitmen Cegah Rasuah Melalui IBR Bersama SPRM Pahang

KUALA LIPIS, 5 Okt – Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Lipis melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM Negeri Pahang dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Cempaka JKR Setor, Kuala Lipis, Pahang pagi tadi.

Satu taklimat pencegahan disampaikan oleh PPs Mohd Irwan Osman, Pegawai Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Pahang yang bertajuk “Integriti, Pengenalan Rasuah dan Kesalahan-kesalahan Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam”.

Seramai 60 orang kakitangan JKR Daerah Lipis termasuk Jurutera Daerah, Jurutera Bangunan Awam, Ketua Penolong Tadbir telah melafaz IBR. Masjid diakhiri dengan sesi bergambar.

Hit : 1808