Berita IBR

Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (PKPDNHEP) Negeri Kelantan Zahirkan Semangat Tangani Rasuah Melalui IBR

KOTA BHARU, 18 Okt - Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (PKPDNHEP) melafaz dan menandatangani IBR bersama SPRM Negeri Kelantan dalam Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diadakan di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, Kota Bharu Kelantan hari ini.

Seramai 150 orang pegawai dan kakitangan PKPDNHEP telah melafaz IBR yang diketuai oleh Encik Adnan Hj. Abd Rahman, Pengarah PKPDNHEP dan disaksikan oleh KPKPj Rosli Husain, Pengarah SPRM Negeri Kelantan. Majlis seterusnya diakhiri dengan sesi bergambar.

Hit : 1548