Berita IBR

Institut Tanah Dan Ukur Negara (INSTUN) Tanjung Malim Zahirkan Komitmen Cegah Rasuah Melalui IBR

TANJUNG MALIM, 4 Nov - Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) Tanjung Malim melafaz dan menandatangani IBR bersama SPRM negeri Perak hari ini.

Seramai 120 warga INSTUN yang diketuai oleh Puan Norehan Haji Omar, Pengarah INSTUN telah menyatakan komitmen untuk bebas rasuah dengan melafazkan IBR yang disaksikan oleh PPj Fatimah Hamid, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Perak.

Majlis ini dimulakan dengan sesi taklimat integriti sebagai peringatan tegas kepada warga INSTUN untuk tidak terlibat dengan perbuatan rasuah.

Hit : 1685