Berita IBR

Sarawak Multimedia Authority (SMA) Jauhi Rasuah Dengan Lafaz IBR


KUCHING, 14 Dis – Sarawak Multimedia Authority (SMA) telah menzahirkan sokongan dan komitmen terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diadakan di Dewan Asajaya, Hotel Grand Margherita, Kuching, Sarawak sempena Hari Integriti SMA.

Lafaz IBR yang diketuai oleh Dr. Zaidi bin Razak, Pengurus Besar SMA disaksikan oleh KPKPj Mohd Zaki bin Hassan, Pengarah SPRM Sarawak.

Seramai bersama-sama dengan 50 orang pegawai dan kakitangan hadir dalam majlis ini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Datu Dr. Sabariah Putit, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak; PKPj Chang Ching, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sarawak dan PPj Katherine Nais, Ketua Penolong Pengarah Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Sarawak.

Hit : 2036