Berita Pendidikan

SPRM Johor Eratkan Hubungan Sedia Ada Bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang Melalui Kunjungan Hormat

JOHOR, 3 Dis – PKPj Sheikh Hamadi Sheikh Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Johor mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Asman Shah Abd. Rahman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang di pejabat Datuk Bandar MBPG.

Kunjungan ini merupakan satu usaha bagi mengeratkan hubungan sedia ada ke arah hubungan strategik yang lebih erat bagi kedua-dua belah pihak. Pertemuan ini juga turut membincangkan perjalanan Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) 2020 yang mana MBPG merupakan rakan strategik program ini sekaligus beliau memberi kerjasama penuh memastikan perlaksanaan program berjalan lancar seperti yang telah dirancang.

Diharapkan dengan kerjasama yang terjalin ini akan meningkatkan hubungan baik antara keduanya dalam usaha menyebarluas mesej pencegahan rasuah di negeri ini.

Hit : 2395