Garis Masa Kes

Polisi tentang pemakluman dalam Garis Masa Kes

Objektif Garis Masa Kes ialah untuk memberikan maklumat rasmi secara tepat kepada orang ramai tentang status kes tertentu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berkepentingan awam.

Suruhanjaya ini akan memberikan seberapa banyak maklumat yang boleh dilaporkan tanpa menggangu siasatan yang sedang dijalankan, menjejaskan hak tertuduh bagi mendapatkan perbicaraan yang adil, atau menyebabkan kerosakan reputasi, atau kemudaratan kepada individu atau organisasi yang sedang disiasat.

SPRM secara amnya tidak akan mengulas mengenai sesuatu siasatan sehingga pertuduhan (jika ada) difailkan. Situasi itu mungkin berubah jika isu tersebut amat menarik perhatian umum dan telah mendapat liputan media secara meluas. Sekiranya ini berlaku, SPRM mungkin akan mengesahkan siasatan tanpa mendedahkan butiran.

Set Semula