Hak suspek di bawah perenggan (1) tidak terpakai sekiranya subseksyen 28A(8) Kanun Prosedur Jenayah [Akta 593] diguna pakai. Subseksyen 28A
(8) Keperluan-keperluan di bawah subseksyen (2), (3), (4), (5), (6), dan (7) hendaklah tidak terpakai apabila pegawai polis itu dengan semunasabahnya percaya bahawa:
- Pematuhan mana-mana keperluan mungkin akan mengakibatkan:
- rakan jenayah orang yang ditangkap mengambil langkah untuk menghindari dari diberkas; atau
- penyembunyian, pemalsuan atau kemusnahan keterangan atau menakuti saksi; atau
- Setelah mengambil kira keselamatan orang lain penyoalan atau rakaman mana-mana pernyataan adalah begitu penting menyebabkannya tidak boleh ditangguh.