Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018 melalui Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) di Kementerian dan Kerajaan Negeri. Jawatankuasa ini bertujuan mendukung usaha memperkukuhkan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan seterusnya memastikan pengurusan pentadbiran Kerajaan bebas daripada perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
Mewujudkan pentadbiran kerajaan yang berintegriti tinggi dengan mengamalkan tadbir urus terbaik dan berdaya saing serta bebas dari gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
Menggerakkan pelaksanaan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018 di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.
Memantapkan keutuhan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan bagi mencegah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan kelemahan pentadbiran.
Untuk melihat carta bahagian, sila klik disini
Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian :
Bil | Nama | No Telefon | Emel (@sprm.gov.my) |
1. | Pegawai Perhubungan | 03-88911863 | ppv1 |